Wednesday 9 August 2017

CARA BELAJAR PELAJAR CEMERLANG



Teks : Aisyah Rifin

Pelajar cemerlang bukan belajar 24 jam sehari tapi belajar dengan bijak. Bijak dalam menjadualkan masa dan tenagan serta minda.



Sebagai contoh, memberi tumpuan semasa di dalam kelas supaya tidak lalai semasa proses pembelajaran. Namun, Sesetengah pelajar suka berkhayal, bersembang dan bermain-main di dalam kelas. Menghargai masa yang ada kerana masa itu emas, pelajar perlu pandai menjadualkan masa belajar supaya pembelajaran jadi seronok dan menarik. 


Selain itu, pupuk sikap suka bertanya jika tidak faham, ia penting bagi membentuk minat bertanya dan meningkatkan penampilan diri pelajar. Bagaimana nak pupuk sifat bertanya pada anak-anak? Ibubapa selalulah bertanya masalah anak-anak, sering berinteraksi dengan anak-anak dan meraka akan rasa seronok berinteraksi sudah tentu meraka seronok bertanya dengan guru mereka nanti.


Ajar anak-anak mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar menggunakan perkara yang kita belajar dan hafal seperti membaca buku atau nota, mengingati kembali bahan yang dibaca, melakar dan menulis bahan yang diingati, sebut apa yang difahami dari penulisan, dan jawab soalan. Mudah bukan? Boleh cuba perlahan-lahan untuk minat anak-anak. 

untuk mendaftar, sila hubungi.
aisyah
018-2894102

No comments:

Post a Comment