Saturday 14 April 2018

SUBJEK ALAM SEKITAR DI SEKOLAH MULAI 2019

 Teks : Aisyah Rifin
 

Subjek alam sekitar di sekolah mulai 2019





KUALA LUMPUR: Subjek alam sekitar dalam sukatan pelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan bermula tahun depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, pengenalan silibus itu diluluskan Kabinet pada mesyuarat terakhir 6 April lalu, sebelum pembubaran Parlimen.

Katanya, subjek itu dilaksanakan secara menyeluruh mencakupi pemuliharaan hutan, sungai, darat, laut, udara, keselamatan alam sekitar dan perubahan iklim.

"Banyak kementerian dan agensi terbabit dengan pelaksanaannya iaitu Kementerian Pendidikan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (NAHRIM).

"Subjek ini penting untuk kesedaran penjagaan alam sekitar kerana banyak negara terbeban dengan perubahan iklim khususnya negara di Lautan Pasifik.

"Sebenarnya, banyak negara sudah memperkenalkan subjek alam sekitar sejak 1992 selepas Sidang Kemuncak Rio," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum dan Ekspo Asiawater 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, di rantau ASEAN, Malaysia yang ketiga memperkenalkan subjek berkenaan selepas Filipina dan Vietnam.

Katanya, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) subjek itu juga bertepatan Transformasi Nasional 2050 (2050) yang mengutamakan kepentingan penjagaan alam sekitar.

"Menjelang 2050, kita menyasarkan 40 juta penduduk negara ini memahami kepentingan menjaga alam sekitar sejajar perubahan iklim dunia," katanya.


http://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2018/04/411127/subjek-alam-sekitar-di-sekolah-mulai-2019


 
UNTUK MENDAFTAR, SILA HUBUNGI :

AISYAH : 018-2894102