Tuesday, 27 February 2018

PERBEZAAN AKAUN MURID DAN AKAUN GURU

Teks : Aisyah Rifin

Apa perbezaan akaun murid dan akaun guru?

➡️ Akaun murid dan guru ada sedikit perbezaan sesuai dengan peranan masing-masing.


Apakah persamaan akaun guru dan murid?

1. Secara asasnya menu guru dan murid adalah sama. Mengandungi Nota, Peta minda, penilaian, kemajuan dan ganjaran. Apa yang murid ada, guru ada.

2. Aplikasi offline guru dan murid adalah sama. Mempunyai Nota dan praktis objektif.






Apakah kelebihan akaun guru?

1. Fungsi mengurus kelas: boleh bina kelas maya seberapa banyak yang kita mahu. Sebagai contoh membina kelas tutorial maya untuk Matematik tahun 6, BM Tahun 4, Sains Tahun 5 dan sebagainya. Amat sesuai untuk Home tutor dan mereka yang berminat untuk membina kelas tuisyen. Hasilnya akaun guru boleh menjana pendapatan tambahan (tidak pada akaun murid) dengan menjual KOD KELAS masing-masing.

2. Nota tambahan dalam akaun guru boleh dikongsikan kepada semua murid dalam kelas maya guru termasuk teks, bergambar dan video.

3. Guru boleh memberi tugasan objektif dan subjektif kepada murid sebagai aktiviti pengukuhan. Dari aktiviti pengukuhan itu, guru akan dapat kenal pasti kemajuan prestasi anak didik secara kelompok atau individu melalui laporan yang di jana secara automatik. Sebagai guru tuisyen maya, laporan ini berguna untuk diserahkan kepada ibu bapa murid tersebut.

4. Selain dari tugasan objektif dan subjektif, guru juga mempunyai fungsi tugasan untuk murid membina peta minda bagi mengenal pasti tahap kefahaman murid sebelum aktiviti pengukuhan dijalankan. Namun ia masih dalam peringkat BETA.

5. Akaun guru juga akan disalurkan program i-TUTOR bermula MAC 2018. i-Tutor adalah satu kemudahan baharu bagi akaun guru sahaja. Dengan i-Tutor guru dapat menjalankan kelas secara online meeting seperti guru berada dalam kelas sebenar. semua murid akan online hanya dari rumah masing-masing. Perkongsian video, fail, slide, audio dan sebagainya boleh dilakukan. Juga sesuai untuk mereka yang berminat dengan pusat tuisyen.





UNTUK MENDAFTAR, SILA HUBUNGI :

AISYAH : 018-2894102

No comments:

Post a Comment