Bersedialah untuk gelombang pembelajaran secara teknologi. Masihkah ingin cuba mengelak?
KOTA DAMANSARA - Kementerian Pendidikan komited melakukan tranformasi
sistem pendidikan negara dengan menerapkan elemen penting iaitu sistem
pendidikan berteraskan teknologi dan penekanan berkaitan Bahasa
Inggeris.
Menteri Pendidikan yang baharu, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu
menjadi fokus kementeriannya selaras dengan aspirasi Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kepentingan Bahasa Inggeris untuk dikuasai rakyat adalah demi
menempatkan Malaysia sebagai negara maju berdasarkan bidang pendidikan,
itu tak boleh dinafikan.
"Saya percaya kebebasan memilih oleh ibu bapa dan murid-murid itu
sendiri dan salah satu kalau kita perasan dalam pelan pendidikan negara
ialah penekanan keperluan untuk menguasai pelbagai bahasa.
"Jadi kita melihat bukan isu Bahasa Inggeris sahaja tetapi isu untuk
rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian bahasa dan etnik yang wujud
sebagai kekuatan, contohnya kita nak wujudkan individu yang boleh
berbahasa lebih daripada dua bahasa," katanya ketika temuramah eksklusif
bersama Sinar Harian, mlam tadi.
Selain itu, Maszlee berkata, antara usaha meringankan beban murid dan
guru seperti manifesto sebelum PRU14 ialah melalui sistem pendidikan
berteraskan teknologi.
Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam menjelaskan, dirinya
sendiri turut terkesan dengan perkara itu dan ingin melihat bagaimana
sistem pendidikan kebanyakan negara maju seperti Finland dapat
diterapkan di negara ini.
"Mereka menjadikan umur awal persekolahan itu sebagai ‘formative years’
iaitu untuk membina sahsiah lebih daripada dibebankan dengan
peperiksaan atau buku-buku yang banyak.
"Kita mahukan sistem pendidikan awal itu lebih kepada konsep mengumpul
maklumat, berfikir secara kritikal dan mengkaji untuk mewujudkan
manusiawi dalam diri mereka.
"Sebab itu saya melihat kita akan cuba wujudkan budaya pendidikan
bersifat kepada tiga elemen iaitu kegembiraan, kasih sayang dan saling
hormat menghormati," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/dr-maszlee-mahu-fokus-bahasa-inggeris-teknologi-1.837220
UNTUK MENDAFTAR, SILA HUBUNGI :
AISYAH : 018-2894102
AISYAH : 018-2894102

No comments:
Post a Comment