Wednesday 16 August 2017

LATIHAN PADAT






Teks : Aisyah rifin
Di sekolah cikgu mesti akan bagi latihan kepada pelajar-pelajar. Bagi pelajar sekolah menengah kebangsaan (SMK) latihan merupakan perkara yang wajib ada setiap subjek. Saya pernah mengajar subjek matematik moden dan matematik tambahan kepada salah seorang murid SMK. 


Agak mencabar kerana pelajar ini sangat negatif kepada subjek metematik, kerana apa? Ini kerana, mereka tidak faham dan ketinggalan dalam pembelajaran dan kurangnya latihan. Maka, Bila kurang latihan mereka mula tidak suka dan terus menolak subjek ini. 


Oleh itu, saya mengambil langah drastik cuba menarik minat pelajar ini, saya mula menyusun topik dan formula untuk subjek ini. Saya mulakan sesi dengan pendahuluan semua topik dan mulakan dengan soalan-soalan latihan. Subjek matematik sebenarnya perlu didedahkan dengan soalan-soalan latihan supaya mereka berani untuk menjawab walaupun ianya salah. 


Kenalpasti kesalahan dan mulakan dengan pembetulan dan kaedah pendajaran. Serapkan mereka dengan latihan yang sama dengan soalan ujian yang berbeza supaya meraka biasa dengan soalan yang diberikan. Jadikan mereka mahir dengan cara penyelesaian dan tahu topik tersebut dengan soalan tersebut. 


Kesimpulannya, bentuk minat mereka untuk selalu latihan dan jadikan latihan itu suatu yang menyeronokkan. Mereka akan seronok dengan subjek itu.

untuk mendaftar, 

sila hubungi : Aisyah 018-2894102

No comments:

Post a Comment